Translate
Selasa, 30 April 2013
Sabtu, 27 April 2013
Jumat, 26 April 2013
Khutbah Gerhana Bulan
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ
وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ
بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH kita sama-sama meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar
taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat
yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di
dunia dan di akhirat.
Jamaah Mesjid Al Muhajirin yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ
لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ
كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي
لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Maksudnya :Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir)
ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka
berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah)
matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir
Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia
beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan
kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan
yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya
mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap
satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kita baru sahaja menyaksikan kejadian
gerhana matahari pada bulan lepas dan pada malam ini pula kita dapat sama-sama
saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk
menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu
Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi,
bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur
setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala
bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu
Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan
membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam
hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang
teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar
tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan
mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang
berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita
agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa
diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali
sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah
Jamaah Mesjid Al Muhajirin yang dirahmati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam
Surah Ibrahim ayat 33:
“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa
beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang
bagi faedah hidup kamu.”
Kejadian gerhana bulan dan matahari
menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi
berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu
kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang
tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada
umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai
tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa
sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang
menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu
juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan
bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa
berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal
menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah
antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa
panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun
terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.
Jamaah Mesjid Al Muhajirin yang dirahmati Allah,
Kejadian gerhana matahari atau bulan,
ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan
mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah.
Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran
seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang
membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku
berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam:
“إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان
لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه
البخاري ومسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti
daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana
kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana
keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga
hilangnya tanda gerhana daripada kamu
Jamaah Mesjid Al Muhajirin yang dirahmati Allah,
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai
umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya
bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa,
berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana
hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
[ إن الشمس والقمر آيتان من
آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا،
وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti
daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan
gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana
itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan
bersedekahlah……
Di samping itu, marilah kita
melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan
perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah
dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan
menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan
kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat
190 – 191:
إِنَّ
فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ
اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan
pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”
Jamaah Mesjid Al Muhajirin yang dirahmati Allah,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila
berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah
seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat
kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan
kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini
sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam
ini.
فرمان
الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ
أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ
الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ
أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ
رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah
datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila
pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang
cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu,
berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan
diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada
hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحَمْدُ
ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ
أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى
عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ
بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ
الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ
لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ
مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ
يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي
اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar
(terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan
tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya
masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya
yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu
persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala
yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang
menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
Kamis, 25 April 2013
Gerhana Bulan Tipis Terjadi Jumat Dini Hari
Jumat dini hari (26/4) seluruh wilayah Indonesia akan
mengalami gerhana bulan sebagian (GBS). GBS berlangsung mulai pukul 02.54 -
03.21 WIB.
Pengamat Astronomi Obeservatorium Bosscha, Lembang
Moedji Raharto mengatakan gerhana bulan bisa disaksikan di seluruh wilayah
Indonesia. Bahkan, wilayah Asia Tenggara, Afrika, India, Cina dan Timur Tengah
juga bisa menyaksikannya sama seperti di Indonesia.
GBS bisa disaksikan jika cuaca cerah. Tidak perlu menggunakan teleskop, masyarakat bisa melihatnya dengan mata telanjang asalkan jeli. "Tapi gerhana bulan ini hanya terjadi tipis," GBS terjadi tipis sebab hanya 1,5 persen bagian bulan yang masuk di daerah umbra (bayangan inti) bumi. Periode di umbra inilah yang biasa kita sebut gerhana. Sebelumnya, bulan memasuki penumbra bumi pada pukul 01.04 WIB.
GBS bisa disaksikan jika cuaca cerah. Tidak perlu menggunakan teleskop, masyarakat bisa melihatnya dengan mata telanjang asalkan jeli. "Tapi gerhana bulan ini hanya terjadi tipis," GBS terjadi tipis sebab hanya 1,5 persen bagian bulan yang masuk di daerah umbra (bayangan inti) bumi. Periode di umbra inilah yang biasa kita sebut gerhana. Sebelumnya, bulan memasuki penumbra bumi pada pukul 01.04 WIB.
Bagian yang memasuki umbra adalah bagian utara bulan.
Pada pukul 03.07 WIB kedudukan bulan dekat dengan sumbu umbra bumi. Lalu pada
pukul 03.21 bulan bergerak meninggalkan umbra dan GBS berakhir. "Sukar
membedakan antara bulan purnama dengan saat bulan memasuki penumbra bumi karena
tidak tertutup 100 persen seperti saat gerhana matahari," katanya
menambahkan. Tiga menit setelah GBS atau pukul 02.57 WIB, terjadi bulan
purnama. GBS terjadi di arah barat, bukan di timur sebab matahari sudah
terbenam.
Di Mesjid Al Muhajirin GBI dilaksanakan Sholat Gerhana dengan Imam dan Khutbah
oleh Ustadz M. Muhaemin, S. Ag.
Langganan:
Postingan (Atom)